YAYASAN JCORP
πŸ”
Contribute Now
EN | BM
Volunteer Registration
Contribute Now
In The Media / NEWS

Semangat OKU Cekal Dalami Kemahiran Pengemasan, Penyenggaraan

December 3, 2025 View Source
03
DEC

JOHOR BAHRU, 18 Sept (Bernama) -- Di dalam sebuah bilik latihan yang dilengkapi katil bercadar, 15 peserta Orang Kurang Upaya (OKU) tekun mengikuti bengkel pengemasan anjuran Yayasan JCorp dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso).

JOHOR BAHRU, 18 Sept (Bernama) -- Di dalam sebuah bilik latihan yang dilengkapi katil bercadar, 15 peserta Orang Kurang Upaya (OKU) tekun mengikuti bengkel pengemasan anjuran Yayasan JCorp dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso).

Peserta dengan pelbagai jenis ketidakupayaan itu juga jelas tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk menimba ilmu yang dapat meningkatkan peluang mereka bekerja dalam bidang hospitaliti kalaupun tidak menjalankan perniagaan sendiri.

β€œBila saya sudah tahu susunan perabot dan kedudukan peralatan, saya boleh uruskan kerja mengemas dan membersih bilik dengan baik,” kata pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Takaful daripada Universiti Sultan Zainal Abidin itu kepada Bernama. 

Dia yang pernah bekerja sebagai operator telefon di sebuah resort selama empat tahun sebelum pandemik COVID-19, berkata program itu membuka seterusnya kembali menyara keluarga besarnya. 

β€œSaya tak mahu terus bebankan isteri. Saya yakin masih boleh lakukan tugastugas pembersihan asas walaupun dengan kekangan fizikal,” kata bapa kepada tujuh orang anak ini. Memantau penempatan (peserta) selepas latihan agar usaha ini memberi hasil,” katanya kepada Bernama. 

Bengkel lima hari yang turut mendapat kerjasama Johor Skills Development Centre itu dikendalikan oleh syarikat pembersihan, Easy Clean Services Sdn Bhd dengan modul merangkumi latihan teori dan amali dalam kemasan bilik hotel, pengurusan linen dan penggunaan peralatan pembersihan.

β€œHanya sekitar satu peratus hotel di Malaysia yang menggaji OKU. Persepsi negatif majikan masih menjadi cabaran utama, walhal banyak tugas belakang tabir sesuai untuk golongan ini,” katanya.

Beliau turut menekankan peranan keluarga dalam menyokong perkembangan peserta memandangkan tanpa keyakinan daripada orang terdekat, usaha pemerkasaan OKU akan menjadi lebih sukar.

Recent News