YAYASAN JCORP
🔍
Contribute Now
EN | BM
Volunteer Registration
Contribute Now
In The Media / NEWS

Program kitar semula pandu lalu di Johor, raih kutipan empat tan

February 9, 2025 View Source
09
FEB

JOHOR BAHRU, 9 Februari- Program kitar semula secara pandu lalu di Johor Bahru hari ini, berjaya mengumpul empat tan barangan kitar semula hanya dalam tempoh sehari.

Program anjuran Yayasan Jcorp itu sekali gus mencerminkan kesedaran masyarakat semakin positif terhadap alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Jcorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman berkata, jumlah itu adalah separuh daripada keseluruhan barangan kitar semula diperolehi program, sepanjang tahun lalu iaitu lapan tan.

"Tahun lalu, kita sudah buat dan dapat 200kg. Tahun ini, kita sasar satu tan tetapi di luar jangkaan apabila kita berjaya raih empat tan hari ini.

Jadi, ini menunjukkan orang sudah semakin sedar untuk buat program macam ini untuk kitar semula," kata Zaidatul kepada pemberita, hari ini.

Program turut melibatkan pengumpulan minyak masak terpakai dan buku-buku terpakai, yang akan didermakan kepada Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim.

Recent News